Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None
Most users ever online was 11 on Mon Jul 28, 2008 12:32 pm
Bunga Matahari Turunkan Kadar Tekanan Darah Tinggi
Page 1 of 1 • Share •
Bunga Matahari Turunkan Kadar Tekanan Darah Tinggi
Selain ubat-ubatan klinik, ada lagi kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Antaranya dengan menggunakan bunga matahari, sejenis tumbuhan yang berbentuk seperti matahari dan berasal dari keluarga Compositae. Seluruh bahagian pokok bunga matahari yang dikenali sebagai Helianthus Annuus dari segi saintifik, bernilai tinggi dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma. Bijinya yang digoreng atau dipanggang untuk dijadikan kuaci, mengandungi vitamin, fosforus, potasium, protein dan minyak. Kajian mendedahkan bahawa minyak daripada biji bunga matahari mengandungi asid linolenik dan gliserid yang dikatakan baik untuk menghalang hiperlipemia dan hiperkolesterolemia.
Biji-biji itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar serta mengubati batuk, disenteri dan radang buah pinggang. Akarnya berperanan sebagai julap. Ia direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sembelit dan juga untuk mengubati sakit perut. Dalam perubatan tradisional Cina bunga matahari dikatakan berkesan untuk membuang angin dalam tubuh badan berpunca dari hati yang berfungsi secara berlebihan dan juga untuk menyejukkan badan.

liyanasri- Posts: 20
Join date: 2008-07-04
Age: 22
Location: RAWANG

Re: Bunga Matahari Turunkan Kadar Tekanan Darah Tinggi
baru2 nei de minum air matahari dekat uptown damansara

Admin- Admin
- Posts: 128
Join date: 2008-06-28
Location: Kelana Jaya

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Home






» Tahap pendidikan anda:
» Cik Angah yg Baik?
» Pomote blog
» 20 Tech Habits to Improve Your Life
» A Web Standards Checklist, How to make a proper website
» How to avoid formatting your system every week
» 10 reasons why PCs crash U must Know
» 23 Ways To Speed WinXP, Not only Defrag
» BIOS Update Procedure