Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests None
Most users ever online was 84 on Sat Feb 06, 2021 10:05 pm
Terpengaruh iklan jutawan segera di internet Duit lesap, tanggung hutang
3 posters
Forum Rasmi BeliBuy :: Usahawan :: MLM
Page 1 of 1
Terpengaruh iklan jutawan segera di internet Duit lesap, tanggung hutang
SELEPAS kenaikan harga minyak baru-baru ini, taraf hidup semakin tinggi. Oleh itu orang ramai cuba mencari sumber pendapatan dengan cara paling mudah. Jadi tidak hairan jika pelaburan skim cepat kaya di internet semakin mendapat perhatian.
Skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet merupakan skim alaf baru yang ada yang benar dan ada yang menipu orang ramai yang mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi jutawan segera.
BACARIA mendapatkan pengakuan daripada salah seorang mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan skim cepat kaya di internet. Naimah (bukan nama sebenar), 32, mengakui dirinya terpengaruh dengan skim cepat kaya setelah termakan pujukan rakan sekerja. Naimah lebih teruja dengan janji-janji manis yang ditabur oleh pemilik syarikat berkenaan bahawa dia bakal mengaut keuntungan dalam jangka masa singkat.
Jumlah wang yang dikeluarkan akan dapat pulangan dua kali ganda dalam tempoh enam bulan. Naimah mengeluarkan kesemua wang simpanannya berjumlah RM10 ribu termasuk membuat pinjaman bank sebanyak RM10 ribu untuk dijadikan modal pendahuluan. Dalam jangka masa tiga bulan pertama, Naimah memperoleh keuntungan hampir RM7 ribu.
Syarikat salah guna lesen
Namun masuk bulan keempat dan kelima, Naimah langsung tidak memperoleh keuntungan. Lama-kelamaan Naimah menyedari dirinya seperti telah tertipu, Naimah cuba menyelidik perkara sebenar.
“Rupa-rupanya skim cepat kaya yang dijalankan telah menyalahgunakan lesen perniagaan jualan langsung. Malah barang yang disebut dalam perniagaan itu hanya untuk mengelirukan mata pelanggan. Disebabkan ingin mendapat untung, ramai antara kami yang membeli barang itu biarpun tidak memerlukannya.
“Nilai barang dan kegunaan tidak lagi diambil kira. Apa yang menariknya ialah pulangan bakal diperolehi. Saya menyesal kerana tidak berfi kir panjang, bukan saya seorang telah tertipu malah hampir 500 orang terpedaya dengan skim pelaburan tersebut,”jelasnya.
Tambahnya, keuntungan jualan yang diperoleh juga tidak masuk akal. Dia hanya perlu membeli barangan itu sekitar RM100 (walhal harga sebenar cuma RM10), tetapi akan mendapat keuntungan sehingga lebih RM1,000 jika berjaya mempengaruhi sejumlah pelanggan baru. Selain itu, jumlah keuntungan yang didakwa sebenarnya diambil daripada pelaburan ahli baru (harga barang yang dinaikkan berkali ganda) untuk diberikan kepada ahli terdahulu (penaja) yang disebut sistem piramid.
Oleh itu, ahli yang menyertainya lebih awal akan mendapat keuntungan besar. Sebaliknya, padah terpaksa diterima oleh ahli baru. Kini, Naimah bukan hanya kehilangan wang simpanannya malah turut dibebani hutang bank yang perlu dibayar setiap bulan. Nasihatnya, sesiapa yang berminat untuk menyertai pelaburan internet wajib mengenal pasti terlebih dahulu bahawa perniagaan itu sah atau tidak agar tidak menyesal di belakang hari.
Re: Terpengaruh iklan jutawan segera di internet Duit lesap, tanggung hutang
peh sian die ek...satu je pesanan dari BeliBuy..tiada MLM yang keuntungan lebih bukan datang downline...tanpa downline..taida satu pun MLM yang akan berjaya..pe2 pun kaji balik syarikat tersebut.. kalau MLM berasaskan penjualan produk..sila pastikan produk itu mendpaat tempat dihati pelangan atau mudah dijual dan byk kelebihannya.
Takut ditipu dirompak biar saya bantu
Ya memang ramai ditipu dalam internet biar saya dedahkan pengalaman http://hakikat.tl.my untuk jauhkan diri anda ditipu Artikel percuma untuk semua
penangboy- Posts : 3
Join date : 2008-07-25
Re: Terpengaruh iklan jutawan segera di internet Duit lesap, tanggung hutang
gaya cam dah byk buat kajian je...ok la tue...leh jugak dikongsikan disini
Forum Rasmi BeliBuy :: Usahawan :: MLM
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Wed Jun 22, 2011 12:04 pm by ASBN
» Guna Prepaid Tune Talk Dapat Point Tebus Tiket Air asia
Wed Jun 22, 2011 12:03 pm by ASBN
» Kata aluan dari Admin BeliBuy
Sun Sep 27, 2009 5:36 pm by Admin
» Tahap pendidikan anda:
Wed Apr 29, 2009 5:54 pm by Admin
» Cik Angah yg Baik?
Wed Apr 29, 2009 5:50 pm by Admin
» Pomote blog
Sun Apr 26, 2009 3:55 pm by Cik Angah
» 20 Tech Habits to Improve Your Life
Tue Mar 03, 2009 4:52 am by taophique
» A Web Standards Checklist, How to make a proper website
Tue Mar 03, 2009 12:29 am by taophique
» How to avoid formatting your system every week
Tue Mar 03, 2009 12:10 am by taophique
» 10 reasons why PCs crash U must Know
Tue Mar 03, 2009 12:02 am by taophique